Shah Alam, 6 Januari 2023 – Program MEGA SULAM KPPIM telah melabuhkan tirainya dengan sesi Majlis Penutup bertempat di Masjid As-Solihin, Kampung Padang Jawa. MEGA SULAM KPPIM merupakan hasil produk kebanggaan UiTM yang telah mempamerkan kerjasama dan ukhuwah rapat antara Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) bersama warga Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, jemaah masjid serta komuniti Kampung Padang Jawa secara keseluruhannya. Bergerak di bawah naungan “Service Learning Malaysia – University for Society” (SULAM), pelaksanaan program tersebut menjadi mercu kejayaan penting kearah pembentukan komuniti yang lebih progresif melalui pemerkasaan teknologi.
Mahasiswa tahun akhir dari pelbagai program sains pengkomputeran dan sains maklumat telah bertindak sebagai penganjur program, pelaksana dan fasilitator di mana mereka menyuntik gabungan teknologi dan ilmu ke dalam penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat. Para mahasiswa menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam penghasilan rumusan berteraskan insan yang menerapkan teknologi dan idea terkini dalam mempromosikan pewujudan Kampung Pintar. Para hadirin kelihatan terpesona dengan kejayaan pelaksanaan teknologi pintar ini, yang telah merevolusikan rutin harian keluarga, aktiviti pendidikan dan aktiviti masjid, serta pengurusan bencana dan berkebun secara lebih efisien dan efektif.
Hadirin juga telah dipersembahkan dengan konsep pengalaman pengguna secara kehadapan dengan memperkenalkan teknologi-tekonologi yang berpotensi membentuk Bandar Kognitif, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal). Antaranya cara perdagangan berinovatif, ekonomi pekeliling pengurusan sisa tumbuhan, serta pengurusan tanah dan sumber air yang lebih telus.
MEGA SULAM KPPIM turut memberi penekanan terhadap pendidikan melalui program peningkatan kemahiran dan kesedaran yang memenuhi keperluan pelajar sekolah dan penuntut universiti. Bengkel komputer, praktikum kemahiran, seminar dan juga Explorace telah dijalankan bagi melengkapkan generasi muda dengan kemahiran kerperluan masa kini dan masa depan serta turut peka dengan ancaman dunia digital. Pemeliharaan warisan turut dijalankan bagi memastikan generasi muda menghargai sejarah diri dan kampung.
Tuan Soleh Ahmad, Nazir Masjid As-Solihin memperakui kesan positif yang dibawa oleh inisiatif MEGA SULAM KPPIM kepada masyarakat. Beliau khususnya menyatakan pengisian projek adalah amat praktikal dan relevan dengan keperluan semasa dan masyarakat. Profesor Ts. Dr Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa, Dekan Akademik dan Antarabangsa KPPIM turut mengiktiraf sumbangan besar yang dimainkan oleh mahasiswa dan pensyarah dalam menghasilkan produk yang berimpak. Beliau menambah “Saya mempunyai harapan besar agar semua pihak dapat terus bekerjasama untuk peningkatan pemerkasaan masyarakat serta melahirkan generasi graduan yang sangat berinovatif dan berempati kepada keperluan dan cabaran sebenar masyarakat”.
En. Mohd Salahuddin Nayan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Jawa dan Tuan Haji Hisham Parman, Pengerusi Komuniti Madani, turut hadir dan teruja dengan komitmen dan semangat yang ditampilkan oleh semua mahasiswa.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci tentang kepelbagaian aktiviti dan projek yang dijalankan dibawah MEGA SULAM KPPIM, pembaca dijemput untuk merujuk penulisan berita sebelum ini. Ia boleh diakses melalui senarai pautan berikut di mana pembaca dapat melihat peranan penting yang dimainkan oleh para mahasiswa dalam penghasilan inisiatif yang memberi impak kepada pemegang taruh:
- Kampung Pintar (Smart Village)
- UiTM Membangkit Minat Anak Muda Kepada Keunikan Teknologi: https://news.uitm.edu.my/uitm-membangkit-minat-anak-muda-kepada-keunikan-teknologi/
- Gaya Hidup Pintar Bermula di Rumah: UiTM Memperkasakan Keluarga dengan Pemahaman Teknologi: https://news.uitm.edu.my/gaya-hidup-pintar-bermula-di-rumah-uitm-memperkasakan-keluarga-dengan-pemahaman-teknologi/
- UiTM dan Masjid As-Solihin Bekerjasama Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Siber: https://news.uitm.edu.my/uitm-dan-masjid-as-solihin-bekerjasama-meningkatkan-kesedaran-keselamatan-siber/
- Memperkayakan Jalinan Komuniti: Membina Kampung Pintar di Kampung Padang Jawa: https://news.uitm.edu.my/memperkayakan-jalinan-komuniti-membina-kampung-pintar-di-kampung-padang-jawa/
- UiTM Merevolusikan Pengurusan Banjir di Kampung Padang Jawa dengan Teknologi Pintar: https://news.uitm.edu.my/uitm-merevolusikan-pengurusan-banjir-di-kampung-padang-jawa-dengan-teknologi-pintar/
- UiTM Merevolusikan Perkebunan Kampung Padang Jawa dengan Teknik Pintar : https://news.uitm.edu.my/uitm-merevolusikan-perkebunan-kampung-padang-jawa-dengan-teknik-pintar/
- Pemeliharaan Warisan
- UiTM Unearths Kampung Padang Jawa’s Rich History through Oral Documentation: https://news.uitm.edu.my/uitm-unearths-kampung-padang-jawas-rich-history-through-oral-documentation/
- Perpustakaan Kanak-kanak
- UiTM Menganjurkan Program Orientasi Pustakawan bagi Sekolah Kebangsaan Padang Jawa: https://news.uitm.edu.my/uitm-menganjurkan-program-orientasi-pustakawan-bagi-sekolah-kebangsaan-padang-jawa/
- UiTM Ceriakan Pencinta Buku: Hari Penuh Cerita dan Senyuman Buat Anak Cilik: https://news.uitm.edu.my/uitm-ceriakan-pencinta-buku-hari-penuh-cerita-dan-senyuman-buat-anak-cilik/
- UiTM dan Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Memupuk Kreativiti Kanak-Kanak Melalui Bengkel Seni: https://news.uitm.edu.my/uitm-dan-sekolah-kebangsaan-padang-jawa-memupuk-kreativiti-kanak-kanak-melalui-bengkel-seni/
- UiTM Mencetuskan Kreativiti dan Imaginasi Anak Cilik Melalui Program “Cinta Kanak-Kanak”: https://news.uitm.edu.my/uitm-mencetuskan-kreativiti-dan-imaginasi-anak-cilik-melalui-program-cinta-kanak-kanak/
- Kesedaran dan Peningkatan Kemahiran
- UiTM Tingkatkan Kesedaran Siber Melalui Pameran Sekolah: https://news.uitm.edu.my/uitm-tingkatkan-kesedaran-siber-melalui-pameran-sekolah
- UiTM Semarakkan Kesedaran Siber Melalui Program Explorace dan Sesi Ceramah: https://news.uitm.edu.my/uitm-semarakkan-kesedaran-siber-melalui-program-explorace-dan-sesi-ceramah/
Program KPPIM SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) 2023/2024 merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memperkasa dan berkhidmat kepada masyarakat melalui aktiviti sukarelawan. Siswazah diberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka secara praktikal dan melihat bagaimana ilmu yang diperolehi mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Aktiviti sebegini bukan sahaja membawa dampak positif kepada komuniti, malah menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals Empat dan Sebelas iaitu Pendidikan Berkualiti, Bandar dan Masyarakat Mampan. Ia juga turut mendukung aspirasi Kerajaan untuk membentuk Masyarakat Madani.