Ziarah Mahabbah Santuni Kehidupan Pelajar Asnaf

 

Pada 16 Mac 2023 yang lalu, Unit Zakat Sedekah dan Wakaf (UZSW) telah mengadakan aktiviti Ziarah Mahabbah. Antara objektif program ini dijalankan agar dapat melihat sendiri realiti kehidupan asnaf di kalangan pelajar UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat dan Pasir Gudang. Memandangkan jumlah asnaf terlalu ramai, pihak UZSW membuat aktiviti ini secara berperingkat bermula tahun 2022 hingga tahun 2023 siri 01 hingga 5.0.

Program seperti ini akan dijalankan ketika cuti semester sewaktu pelajar pulang ke rumah. Kawasan yang telah dilawati sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Program ini dapat membantu meninjau sendiri keadaan kehidupan asnaf. Hasil lawatan yang dibuat dapat mengkategorikan asnaf dengan lebih tepat dan membuat agihan kepada para pelajar sama ada dikalangan asnaf fakir, miskin atau fi sabilillah.

Program ini dijalankan secara kolektif dengan kerjasama kelab Charity Society (UCS), sebuah kelab di UiTM Cawangan Johor yang ditubuhkan pada 2016 dengan objektif memberikan kebajikan kepada para pelajar UiTM Segamat dan penduduk luar yang memerlukan. Gerak kerja program ini juga dibantu Badan Bukan Kerajaan (NGO), MyFundAction. MyFundAction merupakan pertubuhan bukan kerajaan ditubuhkan pada 2014. Objektif penubuhan membantu pembangunan belia termasuk sukarelawan, akademik dan keusahawanan. UCS juga telah membantu mendapatkan dana dan bantuan tenaga kerja. Program ini disarankan oleh ramai pihak supaya diadakan pada masa-masa akan datang agar serba sedikit dapat meringankan beban asnaf.

Galeri Gambar: