Webinar Antarabangsa (Bersiri) – Albi Naadak Ya Ramadhan (Khas Bersama Yayasan Hayrat Malaysia) – Siri 1

Pada 10 April 2022 yang lalu, The Accountancy Club (TAC) dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam (JPI), UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan siri pertama daripada empat (4) siri yang dirancang dalam siri Webinar Antarabangsa (Bersiri) yang dipanggil Albi Naadak, Ya Ramadhan (Khas Bersama Yayasan Hayrat Malaysia).

Siri pertama ini telah disampaikan oleh Ustaz Sadik Ozata, Presiden Hayrat Malaysia dengan tajuk ‘Tarbiah Nafsu’. Rakaman program boleh ditonton melalui platform Youtube TAC UiTMCSH di pautan https://youtu.be/tgDRocyfjpU.

Antara lain, ceramah beliau menyentuh tentang bagaimana seseorang yang berpuasa itu dapat mentarbiahkan diri dalam melawan hawa nafsu baik daripada segi fizikal, rohani dan mental. Terima kasih diucapkan kepada semua 268 penonton yang telah menghadiri program tersebut.

Siri seterusnya ialah pada 10 April 2022 (Ahad) yang akan disampaikan oleh Ustaz Celal Akar, Koordinator Yayasan Hayrat Turki di Malaysia dengan tajuk Bulan Al-Quran. Beliau akan bersiaran daripada Turki pada pukul 9:00 pagi waktu tempatan, bersamaan dengan pukul 2:00 petang waktu Malaysia.

Jom bersama mengimarahkan bulan Ramadhan dan majlis ilmu bersama kami.

✨ Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.
✨ e-sijil akan diberikan bagi setiap penyertaan.

Kehadiran semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“Akauntansi Kontemporari, Pemacu Transformasi”