Lawatan Kemudahan Perkakasan Virtual & Augmented Reality PTAR UiTM Shah Alam

06 April 2022 (Rabu) – Satu sesi lawatan daripada Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC), Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 3 orang staf iaitu:

PM Sr Dr Siti Uzairiah ( Timb.Pengarah Disaster Preparedness and Prevention Center, DPPC UTM )
En. Muhammad Syahir, Penolong Pegawai Penyelidik dan Encik Muhammad Islah Bin Sulaiman, Penolong Jurutera.

Deligasi lawatan telah disambut oleh En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Timbalan Pustakawan, Ts. Hj. Azizi Jantan dan Tuan Hj. Ahmad Faizar.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan Augmented Reality dan Virtual Reality yang di Perpustakan Digital UiTM, Shah Alam. Pihak Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC) sangat teruja dan sesi lawatan tersebut mencapai objektifnya iaitu memperolehi maklumat AR & VR dan kerjasama strategik boleh terjalin antara PTAR dan DPPC.

Boleh layari:

PTAR TV: https://youtu.be/IT3Pia1bxgI
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSd6qXS24/