UiTM Pulau Pinang terima anugerah ‘Most Productive Organisation in Northern Region’ oleh MPC Wilayah Utara

UiTM Pulau Pinang terima anugerah ‘Most Productive Organisation in Northern Region’ oleh MPC Wilayah Utara
Penerimaan sijil yang disampaikan oleh YB. Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar 

Pulau Pinang, 20 Januari 2020 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah menganugerahkan sijil ‘Most Productive Organisation in Northern Region kepada UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 20 Januari 2020 di dalam satu majlis ‘Hari Amalan Baik Peraturan dan penganugerahan sijil’ yang dihadiri oleh organisasi atau individu terpilih dari seluruh wilayah utara (Perak, Pulau Pinang, Kedan dan Perlis).

Sijil tersebut merupakan penghargaan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi atau individu yang telah memberikan sokongan dan komitmen tinggi terhadap program-program peningkatan produktiviti dan daya saing Negara yang dianjurkan oleh MPC. Peningkatan produktiviti adalah amat penting serta ia disokong daripada pelbagai inisiatif yang melibatkan daya saing dan inovasi. Hal ini merupakan salah satu daripada strategi penting untuk mencapai kecemerlangan serta meningkatkan produktiviti negara.

UiTM Cawanagn Pulau Pinang tersenarai di antara beberapa organisasi dari seluruh wilayah utara yang merangkumi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis yang layak untuk menerima penganugerahan ini. UiTMCPP juga merupakan satu-satunya UiTM di wilayah utara yang mendapat sijil seumpama ini bagi tahun 2019.

Majlis yang telah berlangsung di Dewan Produktiviti, MPC Wilayah Utara yang terletak di Bertam, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan atas penglibatan  UiTMCPP bersama MPC, di antaranya adalah pertandingan inovasi di peringkat Regional Convention (RTEX) dan National Convention (APIC) dan aktiviti lain seperti khidmat nasihat MPC di dalam inovasi dan pengurusan kualiti.

UiTM Pulau Pinang terima anugerah ‘Most Productive Organisation in Northern Region’ oleh MPC Wilayah Utara
Wakil pensyarah dan staf UiTMCPP di dalam Majlis Amalan Baik Peraturan (GRP) dan penyampaian sijil

Majlis ini juga diteruskan dengan sesi ceramah berkenaan Amalan Baik Peraturan (GRP) dan Unified Public Consultation (UPC), salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam melaksanakan Program Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) dalam menjalinkan hubungan strategik bersama sektor awam. GRP merupakan inisiatif dalam penambahbaikan pengawalseliaan Peraturan Undang-Undang di Malaysia.

UPC merupakan portal sehenti yang dibangunkan oleh MPC sebagai platform bagi pihak berkepentingan (kementerian atau agensi kerjaan) memberi maklum balas terhadap peraturan serta polisi yang akan diwujudkan atau dipinda.

UiTM Pulau Pinang terima anugerah ‘Most Productive Organisation in Northern Region’ oleh MPC Wilayah Utara
Sijil yang dianugerahkan kepada UiTM Cawangan Pualu Pinang pada 20 Januari 2020