Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Sarawak

Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan pameran ReQaseni Vol.14 yang bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2.

Pada edisi kali ini, seramai 81 pelajar semester 5 telah menyertai pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 17 sehingga 19 Januari 2020. Mereka terdiri daripada 47 pelajar Jabatan Grafik dan Media Digital dan 34 pelajar daripada Jabatan Seni Halus.

Pameran kali ke-14 ini bertemakan INSIGHT, di mana cetusan idea diinspirasikan daripada dua perkataan; iaitu “IN” dan “SIGHT”. Jika diperhalusi maksud perkataan ini, ia bertitik tolak daripada perasaan yang digarap melalui cetusan rasa daripada pancaindera apabila melihat objek yang mengandungi mesej tersirat, lalu memberi ilham untuk bertindak secara kritis dan kreatif. Dan pada kali ini, tema yang diberi keutamaan kepada pameran pelajar adalah bertemakan tema bebas dan self-interest.

Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak

Idea yang tercetus daripada tema ini melahirkan pelbagai ilham dan inspirasi kepada 81 orang pelajar daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Sarawak iaitu 47 orang pelajar adalah daripada Jabatan Grafik dan Media Digital yang fokus kepada 4 aspek utama di dalam pembelajaran iaitu; Advertising, Digital Illustration, Multi Media dan Corporate Design manakala 34 orang pelajar lagi adalah daripada Jabatan Seni Halus yang karya mereka terdiri daripada Painting, Print Making, Sculpture dan Drawing.

Majlis Perasmian Pameran ReQaseni Vol.14 diadakan pada hari Sabtu 18 Januari 2020, pukul 12:00 tengah hari bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2. Majlis dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Dato Dr Jamil Haji Hamali, dan Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Prof. Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim.

Foto berkaitan:

Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak Pameran ReQaseni Vol.14 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Sarawak