Pecutan Terakhir Program “Dare to Fit”

Pecutan Terakhir Program “Dare to Fit”

Program “Dare to Fit” anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam yang bermula pada awal bulan September 2019 dan dijangka akan berakhir pada hujung bulan Februari 2020 iaitu berlangsung selama enam bulan.

Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup aktif dan sihat terutamanya dalam kalangan kakitangan UiTM cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Program ini seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya rakyat Malaysia dapat meningkatkan aktiviti fizikal; bertujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri.

Pecutan Terakhir Program “Dare to Fit”

Aktiviti senaman berkumpulan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Senaman bermula dengan berjogging sejauh 3km dan diteruskan dengan senaman tabata, aerobik dan regangan oleh Tuan Haji Bahman Jamaluddin, Muhammad Iqbal Shaharudin dari Program Fisioterapi dan Eirma Safiza Ghazali dari PTAR di dewan terbuka UiTM Kampus Bertam.

Komitmen yang jitu yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa dan peserta selama enam bulan dalam menjayakan program “Dare to Fit” harus diberi pujian dan penghargaan. Oleh hal yang demikian, majlis penghargaan pada pertengahan program untuk Mr Fit dan Mrs Fit bagi peratus penurunan berat badan paling tinggi telah berlangsung pada bulan November 2019.

Pecutan Terakhir Program “Dare to Fit”

Pecutan terakhir program “Dare to Fit” merujuk kepada komitmen penglibatan peserta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan terutamanya pada penghujung program. Syabas diucapkan pada ahli-ahli jawatankuasa dan peserta yang masih aktif menjayakan program ini. Diharap penutup program “Dare to Fit” pada bulan Februari 2020 bukanlah pengakhiran bagi kakitangan UiTM Kampus Bertam untuk aktif bersenam tetapi sebagai pemangkin untuk terus kekal cergas dan sihat.