Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka

Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam  telah membuat lawatan kerja rasmi ke Universiti di Sri Lanka pada 9 hingga 13 Disember 2019 bagi meningkatkan jalinan pengantarabangsaan antara universiti luar negara. Objektif lawatan ini ialah untuk meningkatkan enrolmen pelajar pascasiswazah, memperolehi lantikan penyelia bersama, menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan/ pertukaran staf dan mobiliti dan meningkatkan mutu perkhidmatan di fakulti berdasarkan amalan terbaik.

Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka

Seramai empat (4) orang delegasi dari Fakulti Kejuruteraan Awam terlibat dalam lawatan ini iaitu Prof Madya Dr Mohd Fadzil Arshad (Timbalan Dekan HEP), Dr Sheila A/P Belayutham (KPP Siswazah), Ts. Dr. Nor Hazwani Md Zain (Koordinator ICAN) dan En Ak Ashaari Ak Yussof (Timbalan Pendaftar).

Rombongan ini disambut baik oleh tiga (3) buah universiti di Sri Lanka iaitu Universiti Sri Jayewardenapura terdiri daripada Dr. Chaminda Konthesingha (Dekan Kejuruteraan), Dr. Ganga Samarasekara (Ketua Bidang Kejuruteraan Awam) dan Profesor Anura Nanayakkara, Universiti Moratuwa terdiri daripada Prof. Athula Kulathilaka (Ketua Bidang Kejuruteraan Awam) dan Universiti Peradeniya terdiri daripada Dr. A.G.H.J. Edirisinghe (Ketua Bidang Kejuruteraan Awam).

Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka

Selain itu, rombongan delagasi ini juga berkesempatan untuk melawat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dan bertemu dengan Encik Ismail (Menteri Kaunselor) bagi membincangkan peluang yang ada untuk tujuan program pengantarabangsaan fakulti dan juga universiti. Ini dapat membantu Fakulti Kejuruteraan Awam mempromosikan program-program akademik, mengembangkan aktiviti penyelidikan dan juga meletakan UiTM di persada global.

Foto berkaitan:

Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka Lawatan Rasmi ke Universiti Sri Jayewardenapura Sri Lanka

Oleh: Ts. Dr. Nor Hazwani Md Zain (Koordinator ICAN)