Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah berjaya menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada tarikh 14 hingga 16 Januari 2020 (Selasa hingga Khamis).  Bengkel yang bertempat di Gold Coast Morib, Banting Selangor, selama tiga hari dua malam itu turut menjemput, Yang Berbahagia, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar, Penolong Naib Canselor (Strategi) dalam memberikan pandangan serta panduan kepada pihak Kursi Institusi Raja-Raja Melayu untuk merancang strategik setiap program yang bakal dianjurkan sepanjang tahun 2020. Bengkel yang bermula pada 14 Januari 2020 (Selasa) ini turut dihadiri oleh Penyandang Kursi, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling serta barisan Felo Kursi yang dilantik dan staf pentadbiran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Pelaksanaan bengkel adalah bertujuan merangka semula program yang bakal dirancang pelaksanaannya sepanjang tahun 2020. Antara input utama bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai penyelidikan dan penerbitan Kursi, program Kursi dan Siri Wacana Titah Diraja, Pendanaan Tabung Amanah Kursi dan media engagement serta penubuhan pusat repositori muzium dan hubungan luar. Terdapat juga beberapa pandangan yang telah disuarakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar, Penolong Naib Canselor (Strategi) dalam membantu Kursi Institusi Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan sesuatu program.

Antara saranan beliau untuk pihak Kursi mempunyai misi, visi dan moto yang jelas sebagai panduan dalam pelaksanaan setiap program yang akan dianjurkan. Di samping, keperluan strategi penjenamaan Kursi itu sendiri melalui setiap program yang dianjurkan berkaitan Institusi Raja-Raja ini supaya dapat menarik minat generasi muda khususnya mahasiswa UiTM.

Di akhir pelaksanaan bengkel ini, terdapat beberapa cadangan serta pandangan telah dicapai.  Beberapa cadangan penambahbaikan serta pendapat yang telah disuarakan dalam kalangan Felo serta pentadbiran Kursi bagi merancang setiap program yang bakal dilaksanakan. Perbincangan sepanjang bengkel tiga hari tersebut adalah dalam usaha penjenamaan semula Kursi Institusi Raja-Raja Melayu untuk setiap program yang bakal dirancang sepanjang tahun 2020 ini.

Bengkel Perancangan Strategik Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Selain, penganjuran bengkel ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan keakraban di antara staf pentadbiran Kursi bersama barisan Felo yang turut sama hadir sepanjang pelaksanaan bengkel selama tiga hari tersebut. Keakraban ini penting sebagai satu langkah pihak Kursi dalam menjaga hubungan yang baik di antara semua Felo-felo yang hadir dalam merancang strategi pembangunan semula imej Kursi di samping memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

Natijah, dengan pelaksanaan bengkel ini, Pihak Kursi berharap segala program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik serta mendapat sokongan disamping memperkenalkan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai satu institusi dalam kalangan generasi muda untuk menarik minat mereka meminati Institusi Raja-Raja di negara ini.