UiTM Pahang Anjur Kursus Kejurulatihan Memanah Asas Kebangsaan

Untuk kali ke dua tahun ini, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada Persatuan Memanah Negeri Pahang dan UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka) untuk menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah Asas Kebangsaan bertempat di Anjung Khazanah Alam dan Lapang Sasar Memanah UiTM Cawangan Pahang.

Kursus ini yang merupakan komponen wajib sebelum bakal jurulatih memohon untuk Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), Majlis Sukan Negara Malaysia yang mempunyai 3 tahap yang setiap satu tahap mempunyai 2 komponen iaitu, Kursus Sains Sukan Tahap 1 bersama Kursus Sukan Specifik Tahap 1 bagi Lesen C, Kursus Sains Sukan Tahap 2 bersama Kursus Sukan Specifik Tahap 2 bagi Lesen B, dan Kursus Sains Sukan Tahap 3 bersama Kursus Sukan Specifik Tahap 3 bagi Lesen A.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan bakal jurulatih sukan memanah yg professional, sebagai pra-syarat utk melayakkan peserta mengambil kursus kejurulatihan kebangsaan tahap 1 dan untuk menimba ilmu berkaitan perkara asas dalam sukan memanah. Seramai 32 peserta dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka datang untuk kursus 2 hari ini yang bermula pada 8-9 Julao 2023.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Exco NAAM Encik Mukhriz Mohamed. Turut hadir Exco-exco Persatuan Memanah Negeri Pahang danpenceramah Mohd Rizaini bin Pandak Mohd dan Puan Nor Hazliza binti Mohd Norfizi. Syabas diucapkan kepada barisan urusetia dan penganjur di atas usaha penganjuran dalam melahirkan lebih ramai jurulatihh sukan memanah yang berkaliber dimasa akan datang.

Penganjuran kursus memanah seumpama ini, adalah sebahagian daripada program pembangunan sukan memanah yang sekali gus telah mencapai sasaran dalam memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada komuniti. Ianya selaras dengan SDG3 dan SDG4.