UiTM ke Nepal Sempena Malaysia 15th Education Fair

Delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) berada di Kathmandu, Nepal sempena Malaysia 15th Education Fair yang berlangsung dari 5-7 Julai 2023. Delegasi UiTM telah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal bagi membincangkan mengenai peluang memperkenalkan program pasca siswazah yang ditawarkan di UiTM. Sesi pertemuan ini juga turut dihadiri oleh wakil daripada OUM, Raffles University dan Kolej MDIS.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama UiTM bagi menembusi pasaran Nepal. Semasa sesi lawatan ini, perbincangan mengenai aktiviti kerjasama antara institusi pendidikan dua negara telah dilakukan. Universiti-universiti yang ada di Malaysia juga diketengahkan kepada masyarakat Nepal khususnya UiTM.

Bagi memperkasakan peranan Malaysia sebagai hub pendidikan global, UiTM juga membincangkan peluang untuk menarik kepakaran dari Nepal ke Malaysia dan sebaliknya. Lawatan seperti ini penting bagi tujuan ketampakan UiTM dan melalui aktiviti promosi luar negara yang dijalankan, dapat meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa seterusnya menjadikan UiTM sebagai universiti dikenali dunia (Globally Renowned University) pada tahun 2025.

Galeri Gambar: