UiTM Cawangan Sarawak Terima Kunjungan Hormat Dari Rafulin Fms Sdn. Bhd

10 NOVEMBER 2021, RABU (KOTA SAMARAHAN): Profesor Dr. Firdaus Abdullah yang menjalankan tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Sarawak menerima kunjungan hormat daripada pihak Rafulin FMS Sdn Bhd di pejabat beliau pada hari ini.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Encik Adri Hemy Bin Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Rafulin FMS Sdn Bhd bersama-sama Encik Haji Ahmad Shamsuddin Muhiyuddin yang merupakan Penasihat Undang-Undang serta Encik Abdul Ghani Hid, Pengurus Fasiliti Rafulin Kampus Samarahan 2.