UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah menerima jemputan menyertai Program Sehati Sejiwa Serlah Potensi (PROSSEP) SMK Three Rivers, Mukah

MUKAH: UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menerima jemputan bagi menyertai program yang julung kali diadakan oleh sekolah tersebut pada 13 hingga 14 Januari 2023 yang lepas. Program ini bertujuan untuk membina jaringan antara sekolah, pelajar, serta ibu bapa dengan agensi-agensi luar dan juga institusi-institusi pendidikan tinggi yang terdekat untuk membimbing calon-calon lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Unit Pra Pendidikan Tinggi Kampus Mukah (PPT) serta Unit Misi Akademik Kampus Mukah sedaya upaya membantu membuka peluang bagi calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di institusi terbilang ini. Dalam pada itu, penyertaan daripada ibubapa (PIBG) juga mendukung usaha melonjakkan prestasi anak-anak Sarawak khususnya di Mukah.

Pihak kampus telah menawarkan plan pengajian yang hebat dan komprehensif bagi calon-calon lepasan SPM yang mana ingin menyambung pengajian di dalam negeri Sarawak khususnya. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh Kampus Mukah terdiri daripada program Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Pengajian Islam, Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma Sains dan juga Pra Diploma Sains STEM C dan Sastera. Selain daripada program pra diploma, terdapat juga program diploma yang terdiri daripda Diploma Perbankan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Ladang,Diploma Akuakultur dan juga Diploma Pengeluaran Herba.

Usaha ini akan diteruskan di masa hadapan bagi membantu ramai lagi calon-calon lepasan SPM untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan selari dengan objektif Sustainable Development Goals (SDGs) yang ke-empat iaitu Quality Education yang menekankan kepentingan pendidikan kepada semua