Online Webinar: Jom Masuk UiTM Mukah 2023; Santai bersama Alumni Program Pra Diploma!

MUKAH: UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah sekali lagi mengundang alumni-alumni tersohor yang telah berjaya menempa nama dan profession dalam bidang akademik di dalam UiTM itu sendiri bagi menjentik inspirasi kepada anak-anak muda lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon dalam bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UiTM Cawangan Sarawak secara amnya.

Program yang berdurasi selama tiga jam itu telah mendapat tontonan sebanyak 450, 747 capaian dan sebanyak 77 perkongsian. Puan Nur Nadia Qausar binti Juhari selaku Koordinator Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Sarawak memulakan program dengan sesi penerangan berkaitan dengan UiTM secara umumnya. Falsafah, visi, dan misi diterangkan dengan jelas dimana UiTM ke arah menjadi sebuah universiti terkenal dunia selain melahirkan anak-anak bangsa yang berjaya di kesemua bidang termasuk keusahawanan.

Program diteruskan dengan penerangan penggunaan Aplikasi Selangkah ke UiTM. Cara-cara penggunaan aplikasi ditunjukkan secara langsung kepada penonton. Promosi Program PPT diteruskan dengan penerangan jelas berkenaan dengan Program Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Sains, Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma STEM C dan Sastera, dan Pra Diploma Pengajian Islam. Syarat kemasukkan, sesi penawaran program, tempat penawaran serta insentif pengajian turut di tekankan.

Ketua Pusat Pengajian Sains Perladangan dan Agroteknologi Encik Muhamad Syukrie bin Hj. Abu Talip yang juga merupakan alumni PPT turut Bersama sama mempromosikan UiTM Cawangan Sarawak (UiTM Kampus Samarahan, UiTM Kampus Samarahan 2, dan UiTM Kampus Mukah) serta program yang ada. Program Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Pengeluaran Herba dan Diploma Akuakultur adalah antara program yang ditawarkan di UiTM Kampus Mukah.

Puan Carolin Ann Enchas yang juga merupakan alumni PPT merupakan Ketua Pusat Pengajian Pengurusan dan Perniagaan menerangkan berkenaan dengan Program Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perbankan yang ditawarkan di UiTM Kampus Mukah. Justeru, program ini diharapkan dapat menerapkan betapa pentingnya pendidikan tinggi kepada masyarakat umum khususnya masyarakat setempat.