Lapan kertas kerja dibentangkan di IOUCRIS 2023

KELANA JAYA, 23 FEBRUARI 2023 – Konferensi kali ketiga IOU Conference on Research & Integrated Sciences: Gambia – Malaysia (IOUCRIS 2023) telah diadakan di Menara OUM, Kelana Jaya, Selangor Malaysia. Konferensi yang dianjurkan bersama oleh Open University Malaysia (OUM) dan International Open University (IOU) Gambia ini telah mendapat sambutan seramai 144 pembentang dan peserta yang datang daripada 5 negara iaitu Bangladesh, Somalia, China, Malaysia dan Australia.

Penceramah ucaptama pertama adalah Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal yang merupakan seorang Kaunselor Profesional berlesen. Beliau telah dilatih secara profesional dalam psikologi kaunseling di Amerika Syarikat. Beliau mempunyai lebih 31 tahun pengalaman sebagai ahli akademik di universiti bertaraf dunia dengan 20 tahun pengalaman dalam pengurusan tertinggi. Beliau telah menulis dan mengasaskan sistem psikologi dalam talian pertama Malaysia, yang terdiri daripada TAJMA Personality Plus dan TAJMA Career Interest Plus. Beliau juga merupakan pengasas Al-Ghazalian Psycho-Spiritual Counseling dan mempunyai 20 harta intelek yang didaftarkan di bawah namanya. Manakala, penceramah ucaptama kedua adalah Prof Dr. Md. Aminul Islam yang kini bertugas sebagai Profesor di Bahagian Kewangan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis. Prof Aminul membuat penyelidikan dalam bidang Kewangan, Perakaunan dan Keusahawanan. Projek semasa beliau ialah Sukuk, Perbankan Islam, Keusahawanan.

Lapan orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah membentangkan kertas kerja seperti berikut:

1. Financial And Non-Financial Zakat Disclosure In Malaysian Islamic Banks
(Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

2. Students’ Choice In Accounting And Its Affect On Self-Efficacy Towards Generic Skills:
Evidence From A Malaysian University
(Norlinda Zainal Abdul, Salehah Zafirah Zulkepli, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

3. The Impacts Of Mergers And Acqusitions On The Acquirer’s Wealth In Emerging Country :
Evidence From Malaysia
(Iliya Dayini Imran, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

4. Relationship Between The Company’s Profitability And Working Capital Management: Family Companies In Malaysia
(Norlaily Asnawi Sulaiman, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

5. Determinants Of Tax Non-Compliance: A Literature Review
(Arina Nabilah Abd. Latif, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

6. E-filing Issues and Challenges for Malaysian Sole-proprietor in the Perspective of Tax Consultant
(Azizi@Hamizi Hashim, Arina Nabilah Abd. Latif, Noor Hasimah M. Yacob, Sabariah Jamaluddin, & Anis Barieyah Binti Mat Bahari)

7. Students’ Allowance vs cost of living in campus: can students survive?
(Syahida Md Zeni, Azizi@Hamizi Hashim, Norlaila Md Din, Junaidah Jamaluddin &
Mohamad Azmi Nias Ahmad)

8. Exploring Archery’s Target Panic In Malaysia
(Mohamad Azmi Nias Ahmad, Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, Lily Mazlifa Mustafa,
Nor Hawani Wan Abdul Rahman & Nur Syazwani Mohammad Fadzillah)

Konferensi secara bersemuka ini adalah pemanas badan bagi usaha untuk pensyarah, terutamanya pensyarah-pensyarah baharu untuk menjadi medan bertukar-tukar fikiran dan tempat yang sesuai untuk mengetengahkan idea baharu, memperkenalkan kajian penyelidik kepada peserta yang menyertai konferensi ini dan ia juga peluang yang baik untuk mendapatkan maklum balas yang relevan daripada komuniti penyelidik di dalam bidang-bidang tertentu.