“TOLOUD RAMADAN” (HADIAH RAMADAN) – AGIHAN JUADAH BERBUKA UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN PENGAWAL KESELAMATAN, POLIS BANTUAN UiTM CAWANGAN SABAH 2024

KOTA KINABALU, 15 Mac 2024 – Pengurusan UiTM Cawangan Sabah, diketuai Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, menyantuni petugas barisan hadapan, Pengawal Keselamatan, Polis Bantuan UiTM Cawangan Sabah mengagihkan juadah berbuka sempena program “Toloud Ramadan” (Hadiah Ramadan).

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang sedang berpuasa, maka dia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikitpun juga.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Inisiatif Pengurusan Kampus mengumpul sumbangan dan mengagihkan juadah berbuka kepada staf merupakan  salah satu usaha dalam menghargai petugas barisan hadapan yang begitu komited menjalankan tugas mengawal keselamatan kampus.  Usaha kecil menyantuni petugas barisan hadapan ini memberi ruang dan peluang kepada Pengurusan Kampus untuk mendekati staf, bertukar buah fikiran dan menjalin ukhuwah.  Program ‘Toloud Ramadan’ turut disertai Timbalan Rektor HEP, Dr. Dg Ku Habibah Ag Kee, Timbalan Rektor PJIMA, Profesor Madya Ts. Dr. Viduriati Sumin, Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Aminah Aman dan beberapa staf Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah.