SUNGKAI (IFTAR) PERDANA BERSAMA PELAJAR UITM CAWANGAN SABAH TAHUN 2024

KOTA KINABALU, 14 Mac 2024 –   Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah menganjurkan Sungkai (Iftar) Perdana Bersama Pelajar UiTM Cawangan Sabah bertempat di Dewan Ibnu Kaldhun, Bangunan Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.  Program ini merupakan program pertama di bulan Ramadan bersama pelajar bagi menggalakkan pelajar menjalani ibadah berpuasa dengan bersemangat dan berbuka puasa (sungkai/iftar) bersama keluarga UiTM Cawangan Sabah.  Allah berfirman di dalam Surat Al-Baqarah Ayat 183

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Pada semester kali ini, para pelajar memulakan semester dengan kelas di dalam talian.  Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang berada di dalam kampus untuk menjalani latihan industri.  Sungkai (Iftar) Perdana kali ini dihadiri oleh Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed bersama Staf Pejabat Pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Ustazah Adie Herryzieyantie Abdul Gair, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar semua warga dapat menjalani ibadah berpuasa dengan baik sepanjang Bulan Ramadan tahun ini.  Program ini telah dihadiri oleh  pelajar Latihan Industri (LI) Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) dan pelajar di dalam kampus.  Sedikit perkongsian/ tazkirah Amalan Sunnah Sepanjang Bulan Ramadan disampaikan dan diteruskan dengan Sesi Bersungkai (Iftar), Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih bersama di bawah bimbingan Imam Asley Josley, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah.