FORUM WEBINAR RAMADAN “KUSEMPURNAKAN RAMADANKU” DI UITM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 25 Mac 2024 –  Ramadan 1445H  pada kali ini diserikan dengan majlis ilmu Forum Webinar Ramadan “Kusempurnakan Ramadanku” secara dalam talian yang disiarkan melalui Webex dan Facebook rasmi UiTM Cawangan Sabah.  Program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Islam, PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Unit Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Pelajar  dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Sabah telah dihadiri lebih 300 peserta dikalangan pelajar dan warga UiTM Cawangan Sabah.

Webinar Ramadan kali ini bersama Panel Jemputan iaitu Rektor UiTM Cawangan Sabah merangkap Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Rozita Mohammed , Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UiTM Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A.Rahman dan Moderator Ustazah Adie’ Herryzieyantie Abdul Gair.  Antara intipati penting yang dikongsikan adalah keperntingan berdoa dan Allah SWT maha mengabulkan doa, terutama doa orang-orang yang sedang berpuasa.  Allah berfirman di dalam Surat Al-Baqarah Ayat 186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Ertinya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Kaedah Pengurusan Masa yang berkesanadalah penting untuk ibu bapa yang bekerja, jadual yang tersusun untuk para pelajar dan penjadualan kerja yang teratur memberi nilai positif kepada organisasi, pelajaran dan kehidupan kita.  Selain itu, panel juga berkongsikan beberapa tips dalam kecemerlangan akademik dan kekal bersemangat di dalam aktiviti seharian sepanjang bulan Ramadan.