The 13th International Malaysian Studies Conference (MSC13)

SEREMBAN, 16 Ogos 2023 – Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM bersama-sama Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah berjaya menganjurkan persidangan The 13th International Malaysian Studies Conference (MSC13) secara hibryd pada 15 dan 16 Ogos 2023, bertempat di UiTM kampus Seremban. Persidangan ini yang bertemakan Beyond the Crossroads: Malaysia Navigating Global Uncertainties merupakan satu persidangan peringkat antarabangsa yang berjaya mengumpulkan sebanyak 76 kertas persidangan yang telah dibentangkan oleh para akademik dan penyelidik dari pelbagai negara termasuklah Jerman, Malaysia, Jepun, Indonesia, India, Afrika Selatan, Afghanistan dan Sudan.

Pada hari pertama persidangan, sesi perbincangan meja bulat Forum Senior telah diadakan dengan menampilkan panel-panel yang terdiri dari veteran-veteran Sains Sosial Malaysia seperti Prof. Emeritus Dr Jomo Kwame Sundaram, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong dan Prof. Dr Syed Husin Ali. Syarahan utama I pula disampaikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali.

Seterusnya, syarahan utama II pula telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr Nasrudin Mohamed pada hari kedua persidangan. Selepas syarahan utama II, sesi perbincangan meja bulat All Party Parliamentary Group Malaysia on the Sustainable Development Goals (SDG) pula telah diadakan dengan empat panel jemputan iaitu Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Yang Berhormat Tuan Lee Chean Chung dan Encik Alizan Mahadi.