Program Wakaf Buku Gift of Reading 4.0: The Highly Immersive Programme (HIP); Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam)

Satu program telah dianjurkan oleh pihak SK Felda Jengka 10 bagi pada 14 Ogos 2023 yang lalu untuk mematerai usahasama diantara sekolah dan APB UiTM Jengka Pahang melalui Program Wakaf Buku: Gift of Reading 4.0. Berpaksi matlamat SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), matlamat program ini adalah untuk menarik minat murid untuk membaca dan mencintai ilmu dalam pembelajaran bermula dari usia muda serta mewujudkan platform program pembacaan Bahasa Inggeris dengan seronok sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi lantas meningkatkan kemahiran murid berbahasa dan berkeyakinan untuk kehadapan.

Aturcara program bermula dengan nyanyian lagu rasmi beserta bacaan doa. Ucapan juga turut disampaikan oleh wakil pihak UiTM iaitu Puan Suzaini Harmiruslin Supian, seterusnya disambung dengan ucapan daripada Guru Besar Pn Hajah Zahalina binti Mat Yusof@Ismail serta ucapan daripada Penolong Pegawai PPD Maran iaitu Encik Mohd Zulkifli bin Mat Daud yang turut secara langsungnya merasmikan program itu.

Sebanyak 240 tajuk buku telah diwakafkan kepada pihak sekolah. Majlis diakhiri dengan tandatangan memorandum Persefahaman (MoU).

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan bermanfaat bukan sahaja kepada murid-murid malah tenaga pengajar SK Felda Jengka 10.