Taklimat Pengetua Kolej Jasmine, Kampus Puncak Perdana

Pada 26 Mei 2022, “Taklimat Kolej Jasmine” telah diadakan bermula pada jam 9.00 malam sehingga tamat melalui platform google meet dan juga Facebook live Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine. Taklimat ini telah disampaikan oleh pengetua Kolej Jasmine iaitu En Muhammad Hafizi.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Kolej Jasmine berkenaan larangan dan tindakan sewajarnya yang perlu dibuat semasa keberadaan di Kolej Jasmine. Selain itu juga, pelajar Kolej Jasmine perlu mengambil maklumat yang disampaikan agar dapat menjaga nama baik Kolej Jasmine. Menurut ketua program, Nursyaza Nazurah, pelajar memahami setelah taklimat yang diberikan agar pelajar tidak melanggar segala peraturan di Kolej Jasmine dan dapat menjaga nama baik kolej.

Pelajar juga menanyakan pelbagai soalan semasa hari taklimat untuk memastikan lebih lanjut berkenaan maklumat tentang Kolej Jasmine. Akhir kata, program ini dapat menjaga kemaslahatan sekaligus dapat menjaga nama baik Kolej Jasmine.