Taklimat Motivasi Pengarah Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM kepada Pelajar Sesi Mac 2023

TAWAU, 29 MAC 2023 – Seramai 26 pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau semester Mac – Ogos 2023 telah mengikuti Taklimat Motivasi Pengarah PPT, YBrs. Prof. Ts. Dr. Aini Jaapar menerusi platform Webex di Makmal Bahasa.

Webinar yang dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Program PPT telah mengumpulkan semua pelajar pra diploma dari seluruh kampus UiTM termasuk Dungun, Seri Iskandar, Machang, Alor Gajah, Segamat, Permatang Pauh, Kuala Pilah dan Tawau. Dr. Ani Mazlina Dewi Mohamed selaku Ketua Unit Akademik PPT UiTM merangkap moderator webinar.

Dalam perkongsiannya, Pengarah PPT telah mendedahkan para pelajar peri pentingnya perubahan cara berfikir dari sekolah ke universiti, ciri-ciri orang yang berjaya dan juga contoh-contoh kejayaan alumni PPT.

Semoga perkongsian yang telah disampaikan bermula pukul 2.15 petang tersebut dapat memberi inspirasi kepada semua pelajar agar cemerlang dalam akademik dan juga kerjaya pada masa depan.

Sesi webinar juga dihadiri oleh Koordinator PPT di UiTM Cawangan Perak, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Sabah.

Untuk rekod, PPT UiTM menawarkan lima program iaitu Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma (Sains), Pra Diploma Sains (Aliran STEM C dan Sastera) dan Pra Diploma Pengajian Islam. Program PPT UiTM ini disokong oleh Yayasan Sime Darby.