Staf UiTM AJK NAAM

 

HOTEL MALURI KUALA LUMPUR, 25 MAC 2023 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada En Mukhriz Mohamed (Penolong Pegawai Belia & Sukan Kanan UiTM Cawangan Pahang) kerana berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bagi penggal 2023-2026.

Pemilihan telah diadakan oleh para perwakilan negeri di Mesyuarat Agung NAAM ke-47 yang menyaksikan hampir keseluruhan AJK bagi penggal yang sebelumnya mengekalkan jawatan masing-masing. Berikut adalah senarai penuh AJK-AJK yang terpilih:

Presiden:
Dato’ Haji Abdul Hamid Haji Hasan

Timbalan Presiden:
Dato’ Johari Salleh

Naib Presiden:
Lt Kol Esah Sulaiman(B)
Ahmad Badli Shah Abdul Aziz@Md Rani

Bendahari Kehormat:
Ahmad Fitri Zakaria

Ajk:
Muhammad Marbawi Sulaiman
Mukhriz Mohamed
Suhardi Abdullah@Md Zain
DSP Mohd Azri Mat Yussof
Shamani Ganesen
Mohad Nanzeri Md Karim
Laksamana Pertama Shafirudin Abu Bakar
Ir Haji Dzulkarnain Datuk Haji Dzulkifli

Juru Audit:
Hashim Ali Kamaruddin
Mohamad Riduan Romli

Melalui penglibatan warga UiTM di dalam sukan memanah ini, ia telah menepati Matlamat Pembangunan Lestari yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-4, iaitu SDG 3, meningkatkan mutu kesihatan.

Semoga warga memanah UiTM terus menyumbang kepada pembangunan memanah samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Warga UiTM berasa amat bangga dengan pemilihan ini.