Taklimat Keselamatan Pekerjaan UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau

TAWAU, 24 FEBRUARI 2022 – Sesi taklimat keselamatan pekerjaan kepada pekerja kontrak UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau telah diadakan pada 24 Februari 2022 yang lalu.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Azazi Jumat, Penolong Jurutera, UiTM Cawangan Sabah bertempat di Makmal Bahasa pada jam 10.30 pagi. Seramai 19 orang pekerja kontrak hadir untuk mengikuti sesi tersebut yang memberikan pendedahan terhadap kepentingan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja.

Kemudiannya, acara penyerahan surat ‘serahan tapak’ untuk perkhidmatan bagi kerja-kerja pembersihan bangunan, penyelenggaraan landskap, penyelenggaraan elektrik dan telekomunikasi turut diserahkan oleh Encik Azry John@Mohd. Azry Abdullah, Penolong Juruukur Bahan, UiTM Cawangan Sabah kepada tiga syarikat yang terpilih.