Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Di Antara UiTM Cawangan Pahang Dan Presica Sdn Bhd

Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara UiTM Cawangan Pahang bersama Syarikat Presica Sdn Bhd anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang telah diadakan dengan jayanya pada 9 Februari 2022, jam 9.00 pagi – 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), UiTM Cawangan Pahang.

Antara senarai hadirin yang terlibat semasa sesi menandatangani memorandum ini ialah:

1. YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan (Rektor, UiTM Cawangan Pahang)
2. YBrs. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timb. Rektor HEA, UiTM Pahang)
3. YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman (Timb. Rektor PJI, UiTM Pahang)
4. YBrs. En Mohammad Khair bin Mohd Seni (Timbalan Pendaftar, UiTM Pahang)
5. YBrs.Ts. Fazidah Rosli (Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Pahang)
6. YBrs. En Khairulbakri bin Junos (Pengurus Ladang Kanan, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Pahang)
7. YBrs. Encik Zahrin bin Ibrahim (Ketua Pegawai Eksekutif, Presica Sdn Bhd)
8. YBrs. Encik Azuddin bin Rahman (Penasihat Korporat, Presica Sdn Bhd)
9. YBrs. Puan Suzie Haryanti Husain (Ketua Agronomi, Presica Sdn Bhd)
10. YBrs. Dr Rozaina Bt Zainul Abidin (Ketua Pegawai Pemasaran dan Jenama, Presica Sdn Bhd)
11. Pensyarah-pensyarah Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Pahang serta,
12. Penolong Pengurus Ladang Kanan, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Pahang.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi membolehkan hasrat kesepakatan kerjasama antara UiTM dan Syarikat Presica Sdn Bhd dapat dicapai. Antara bidang kerjasama ini ialah:
1. Perkongsian kepakaran dan penyelidikan bersama tanaman nanas MD2
2. Penempatan pelajar FPA untuk Latihan Industri (LI)
3. Penganjuran seminar, simposium, kursus jangka pendek dan mesyuarat secara bersama
4. Pertukaran maklumat mengenai kajian, penerbitan dan pembangunan tanaman nanas MD2, serta
5. Kerjasama dalam lain-lain bidang yang telah dipersetujui bersama oleh kedua pihak yang terlibat.

Adalah diharapkan dengan kerjasama ini, dapat membantu merancakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanaman nanas MD2 secara khususnya serta industri pertanian di Malaysia secara amnya.