Sukan Menyatukan Warga PTAR UiTM Shah Alam

Shah Alam 3 Februari 2023: Jawatankuasa Sukan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan acara pemilihan Tenpin Boling warga PTAR bertempat di Alam Lanes Aeon Mall Shah Alam. Acara ini telah mendapat sambutan seramai 32 orang penyertaan daripada pelbagai gred jawatan. Setiap pasukan diwakili seramai 2 orang pemain dan perlu menamatkan tiga permainan dalam acara yang berlangsung selama dua jam bermula jam 10 pagi untuk disenarai pendek ke temasya Sukan KARISTA. Melalui program ini, ianya dapat memupuk semangat kerjasama pasukan, toleransi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain di antara keluarga besar PTAR.

Menurut Jawatankuasa Sukan PTAR, Mohd Alfarabie Mohd Nasir, melalui sukan@PTAR ini, dapat menyatukan warga PTAR kerana sukan merupakan agen perpaduan. Acara pemilihan boling yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan PTAR, adalah contoh aktiviti bersukan yang dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama ianya boleh menerapkan nilai disiplin dan integriti dalam kalangan warga.

Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan PTAR yang memberi sokongan serta galakan untuk warga PTAR bersukan. Tahniah diucapkan kepda para peserta yang terlibat. Terima kasih kepada urusetia yang mengendali acara pemilihan boling kali ini.