Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ (Siri 4),BPPA

BPPA (Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik) telah mengadakan sekali lagi Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ bagi Siri 4 pada 31 Mei 2021 yang lepas. Sesi kali ini bertajuk Pengurusan Kewangan BPPA yang disampaikan oleh Puan Martini Mat bertujuan berkongsi maklumat mengenai kewangan BPPA. Program atas talian yang menggunakan platform Google Meet bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Pada sesi ini, staf dimaklumkan mengenai jumlah peruntukan mengurus yang diterima bagi tahun 2021 dan bagaimana proses agihan peruntukan berlaku. Di samping itu, laporan perbelanjaan semasa jabatan turut dikongsikan bersama staf BPPA bagi mengetahui kedudukan kewangan semasa jabatan.

Puan Martini juga menerangkan serba sedikit berkenaaan surat Peruntukan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2021 berdasarkan waran daripada Perbendaharaan di mana staf dimaklumkan mengenai perancangan BPPA yang melibatkan kewangan.

Selain itu, staf turut dikongsikan mengenai Garis Panduan ICT khususnya agihan komputer sewa untuk staf. Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) diwajibkan menggunakan geran perkakasan ICT sekiranya tempoh sewaan komputer sedia ada telah tamat kontrak.

Melalui sesi ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada semua warga BPPA mengenai maklumat kewangan BPPA. Staf juga diharapkan mengambil kira kedudukan kewangan jabatan sebelum membuat sebarang perancangan atau inisiatif yang ingin dilakukan.