Seminar Cakna Kewangan Islam

15 Februari 2024 Seminar Cakna Kewangan program anjuran bersama Unit Zakat Sedekah & Wakaf dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakah di bilik Aula Bestari Universiti Teknokogi MARA (UiTM).

Penceramah jemputan Ustaz Wan Mohd Sharizan bin Mohamed Yatim, merupakan Pemangku Pengurus Bahagian Pengurusan Zakat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia. Beliau menekankan konsep pinjamam dan kewangan Islam adalah satu kewajipan yang perlu dititik beratkan untuk meninggikan syariah. Beliau menekankan aspek perniagaan halal dan menjauhi riba’.

Beliau juga aktif menyampaikan ceramah kepada masyarakat agar sedar akan kepentingan memilih kewangan Islam.

 

Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Penyerahan sumbangan Mock Cheque daripada Bank Rakyat dan Perasmian Pejabat Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Professor Madya Dr. Saunah binti Zainon Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor yang turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Zabidah binti Abu Bakar, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Cawangan Segamat bersama delegasi.

Turut bersama Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan Jawatankuasa Agihan Zakat UiTM Cawangan Johor. Semoga program ini memberikan manfaat kepada ummah.