Majlis Perpisahan Pensyarah Sambilan Sepenuh Sasa (PTFT), APB UiTM Cawangan Pahang

Pada 26 Januari yang lalu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan Majlis Perpisahan khusus untuk pensyarah sambilan sepenuh masa (PTFT) Bahasa Inggeris yang telah bertugas di kampus Jengka. Majlis ini bertujuan untuk meraikan serta menghargai komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah ini sepanjang semester 20234 yang bermula pada Oktober 2023 sehingga Mac 2024.

 

Majlis yang diadakan di Bilik Rehat Pensyarah ini meraikan dua orang pensyarah iaitu Cik Naqibah Izzati Binti Mohammad Johan dan Cik Nur Aina Azuha Binti Azman. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa, Uitm Cawangan Pahang iaitu Dr. Roslina Binti Abdul Aziz. Seterusnya, kedua-kedua pensyarah yang diraikan juga turut dijemput untuk menyampaikan ucapan perpisahan untuk semua ahli jabatan.

Bagi menghargai jasa kedua-dua pensyarah ini, APB UiTM Kampus Jengka turut menyediakan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat kedua-dua pensyarah ini yang telah bertungkus-lumus bekerja bersama pihak APB dan UiTM.

Majlis ini diserikan dan diakhiri dengan jamuan makan bersama kesemua pensyarah APB Kampus Jengka. Walaupun majlis yang diadakan serba ringkas, tujuan utama majlis dapat dicapai dengan jayanya. Akhir kata, pihak APB Kampus Jengka sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih buat kedua-dua pensyarah ini dan mendoakan kejayaan yang berterusan untuk keduanya. Selamat maju jaya dan semoga bertemu lagi!

 

Penulis bersama:

Ahmad Suhairi Bin Mohamed Suhaimi, Mohamad Iqbal Afham Bin Mohamad Afandi dan Sulaila Binti Bakar