Selamat bersara Pemanah UiTM

Bandar Jengka, 8 Mac 2023 – Keluarga memanah UiTM meraikan KARISTA terakhir En. Mohd Awaludin Bin Ibrahim yang akan bersara wajib pada akhir tahun ini.

Kek persaraan telah disampaikan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan sambil nyanyian lagu “Allah Selamatkan kamu” oleh 40 orang pemanah dikalangan staf UiTM yang menyertai KARISTA 2023.

En. Awal adalah pemanah yang telah mewakili UiTM di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 2022) yang berlangsung pada 17-24 September 2022 yang lalu, bertempat di UPM Serdang.

Usia bukan satu penghalang buat beliau untuk bersama-sama dengan pasukan pemanah yang mewakili UiTM ke SUKUM 2022 Dan KARISTA 2023. Berbekalkan semangat kesukanan yg jitu, En.Awal gigih berlatih dan mempelajari skil memanah dari pemanah yang lebih muda untuk memantapkan persediaan diri ke kejohanan ini demi menyumbang pingat buat UiTM.

Terima kasih di atas segala jasa bakti dan pengorbanan yang dicurahkan selama berkecimpung dalam sukan ini. Semoga segala ilmu dan nasihat yang telah diberikan akan menjadi panduan buat kami, keluarga memanah UiTM.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu – rinduan..

“Jasamu sentiasa kami kenang”