Kunjung Hormat UiTM Melaka ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

Melaka, Februari 2023 – Pada 11 Februari 2023 yang lalu satu lawatan kunjung hormat telah dilakukan oleh wakil UiTM Melaka ke Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri.

Dalam pertemuan ini, beberapa sesi perkongsian maklumat serta perkembangan kampus UiTM Cawangan Melaka telah dimaklumkan kepada YAB Ketua Menteri serta bentuk kerjasama yang boleh dijalankan pada masa akan datang.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim @Ismail, Dekan Fakulti Peladang & Agroteknologi, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Dr Mohd Halim bin Mahphoth dan Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin, Encik Ahmad Khairuman bin Md Hasim.

UiTM Cawangan Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Utama Dr. Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka yang sudi menerima kunjung hormat ini dan mengharapkan semoga ianya mampu menjadi titik mula kepada bentuk kerjasama yang lebih strategik pada masa akan datang.