Lawatan YBhg. Rektor ke Dewan Taming Sari dan Unit Peperiksaan Bahagian Hal Ehwal Akademik

Alor Gajah, Melaka, Februari 2023 – Pada 7 Februari 2023 yang lalu, YBhg. Rektor UiTM Cawangan Melaka iaitu Professor Dr. Abd Halim bin Mohd Noor telah mengadakan satu lawatan ke Dewan Taming Sari dan Unit Peperiksaan bahagian Hal Ehwal Akademik, Kampus Alor Gajah.

Sepanjang lawatan tersebut, YBhg. Rektor berkesempatan meninjau suasana peperiksaan akhir Semester September 2022 – Mac 2023. Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Prof. Madya Dr Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor HEA UiTM Cawangan Melaka.

Di kesempatan itu juga, YBhg. Rektor  mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua mahasiswa UiTM Cawangan Melaka dan semoga semua mahasiswa mendapat keputusan yang cemerlang.