Sehari Bersama Program Kaunter E-Filing UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka Anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang.

 

Pada 21 Mac 2023 bertempat di lobi bangunan pentadbiran UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah diadakan program Kaunter Pengisian Borang Cukai Pendapatan (E-Filing) bagi tahun taksiran 2022. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan (FPN) UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Pahang. Program tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang telah disertai seramai 59 orang peserta. Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan setiap tahun dan seiring dengan kehendak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu para staf dan komuniti setempat mengisi borang cukai pendapatan melalui sistem e-filing serta memberi khidmat nasihat hal ehwal percukaian khususnya cukai pendapatan individu. Tiga orang pegawai dari LHDN Cawangan Pahang telah dijemput sebagai fasilitator pada hari tersebut. Mereka adalah Encik Mohamad Muslih Bin Aling, Cik Wan Yuhaniz Binti Wan Jusoh dan Encik Muhamad Assif Bin Abdullah. Malah,salah seorang pegawai LHDN yang hadir pada hari tersebut juga merupakan alumni UiTM Cawangan Pahang. Selain itu, seramai 11 orang pensyarah dari Fakulti Perakaunan turut sama bergandingan bertindak sebagai fasilitator sepanjang program itu berlangsung. Dengan wujudnya program seumpama ini, Fakulti Perakaunan secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan kolaborasi dengan pihak LHDN.

Antara perkhidmatan yang dijalankan seperti bantuan membuka fail cukai pendapatan bagi mereka yang pertama kali membuka akaun e-filing, menukar kata laluan bagi mereka yang telah lupa kata laluan asal dan konsultansi cara pengisian borang e-filing.

 

Melalui program ini, FPN telah mencapai memenuhi memenuhi PI 75 – Number of University Social Responsibility programmes (USR), PI 78 – Total amount spent (from own funds) for USR and KTP programmes, PI 79 -Number of communities receiving/benefiting from the knowledge/technology diffusion projects, PI 80 – Number of alumni expert service programme.

Jawatankuasa Pelaksana program ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada LHDN Cawangan Pahang serta para peserta atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.