Program Ahlan Ya Ramadan Dan Perasmian Ihya Ramadan 1444h/2023m Peringkat UiTM Cawangan Sabah 1444h/2023m

KOTA KINABALU, 21 Mac 2023 – “Bulan Puasa adalah bulan penuh keampunan, lebih baik daripada seribu bulan’. Sempena dengan ketibaan bulan Ramadhan, “Program Ahlan Ya Ramadan dan Perasmian Ihya Ramadan Peringkat UiTM Cawangan Sabah 1444H/2023M anjuran Unit Hal Ehwal Islam dengan kolaborasi Bahagian Kewangan, UiTM Cawangan Sabah telah diadakan di Dewan al-Bukhari, Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah. Objektif Utama program ini adalah memberi perkongsian ilmu berkenaan persediaan menghadapi bulan Ramadhan dan mengeratkan silarturrahim warga UiTM Cawangan Sabah. Program ini juga memberi pencerahan kepada warga berkenaan amalan sunat yang dapat dipraktikkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Pengisian program dimulakan dengan Solat Dhuha berjemaah dan Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah diketuai oleh Imam Asley Josley, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah. Seterusnya Ceramah Menyambut Ramadhan bertajuk “Persiapkan Diri Meraih Pahala Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Rani Abd Rahman, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Program turut dihadiri Ketua Bahagian Dr. Haslezah Saelih, Pegawai Perubatan Kanan dan Ustazah Adie Herryzieyantie Abdul Gair, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan.