Sambutan Hari Lahir APB UiTM Jengka Sesi Kedua Tahun 2023

Pada 16 November 2023, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Kampus Jengka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Pensyarah sesi kedua bagi tahun 2023. Objektif penganjuran majlis ini adalah bagi meraikan pensyarah-pensyarah APB yang lahir dari bulan Julai hingga Disember. Program ini merupakan keraian tahunan yang dianjurkan bagi merapatkan ukhuwah sesama rakan sejabatan.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Fauzi Bin Azmi dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pusat Pengajian APB, Dr. Roslina Binti Abdul Aziz. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek oleh kesemua pensyarah yang diraikan.

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan pemberian hadiah kepada 19 pensyarah yang diraikan dan majlis diakhiri dengan acara kemuncak iaitu cabutan bertuah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kemua pensyarah bersurai bukan sahaja dengan wajah yang ceria bahkan bersama perut yang kenyang. Semoga sambutan dapat diteruskan pada masa akan datang.