Richiamo Coffee Buka Cawangan ke-70

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd, pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee membuka cawangannya yang ke-70 di Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam di sini pada Selasa. Pembukaan cawangan terbaharu itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah berkata, cawangan ke-70 itu dikendalikan oleh AAA Coffee Shop iaitu syarikat yang mengendalikan dua cawangan lain dalam kampus UiTM Puncak Alam sebelum ini.

“Bagi pihak Richiamo Coffee, saya berterima kasih di atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh UiTM yang membenarkan kami bertapak di sini. Selain dua cawangan di Kampus UiTM Puncak Alam, Richiamo Coffee juga telah beroperasi di Hospital UiTM di kampus tersebut dan menjadikan tiga cawangan kami di Kampus UiTM Puncak Alam baru sahaja beroperasi pada bulan Oktober, November dan dua minggu lepas,” katanya di sini pada Selasa.

Pada majlis perasmian tersebut, Richiamo Coffee melalui AAA Coffee Shop turut menyerahkan sumbangan untuk Tabung Cakna OKU UiTM. Richiamo Coffee merupakan jenama tempatan milik bumiputera 100 peratus memulakan operasinya sejak tahun 2015. Kini, Richiamo Coffee telah melebarkan sayapnya ke seluruh negeri di tanah air. Muhammad Zamry berkata, untuk tahun ini, beberapa lagi cawangan baharu akan dibuka.

Sumber berita:

https://www.sinarharian.com.my/article/181366/BISNES/Richiamo-Coffee-buka-cawangan-ke-70