Event Management Workshop

Program “Event Management Workshop” adalah program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana yang telah diadakan pada 18 Disember 2021 bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00 petang melalui platform Zoom dan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cik Azzura Binti Nordin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan merangkap Penasihat Persatuan Pelajar Pengurusan Acara UiTM.

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu ahli JPK mengetahui cara mengurus dan menjalankan program dengan baik dan teratur serta membantu dan menambah baik kemahiran insaniah di dalam diri ahli JPK dan melatih mereka untuk mengasah kemahiran komunikasi yang baik di dalam kepimpinanTambahan pula, program ini turut melibatkan penyertaan ahli JPK dari kolej-kolej seluruh UiTM Cawangan Selangor (UCS) yang turut menyertai program ini.

Melalui program ini, hubungan pihak penganjur dan ahli JPK UCS berjaya dieratkan untuk saling bekerjasama dan saling bertukar pendapat bagi menjalinkan hubungan diplomatik bersama supaya kolaborasi antara kolej-kolej kediaman UCS dapat dianjurkan lagi. Malah dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi impak yang besar kepada ahli JPK terutama yang diberi amanah untuk menggalas jawatan menjadi bakal pemimpin yang berwawasan dan berintegriti pada masa akan datangMenurut ketua program, Nur Azura Binti Marusin bersama penasihat program, Encik Ahmad Nazri Bin Mansor, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai cara menguruskan sesuatu program dengan baik dan lancar selain dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan silaturahim sesama ahli JPK melalui aktiviti yang dijalankan ketika program berlangsung.

Akhir kata, penganjuran program ini juga dapat mengasah kemahiran insaniah ahli JPK untuk menjadi lebih kreatif dan progresif serta melahirkan para pemimpin yang lebih berkeyakinan dan berketerampilan dalam memimpin sesuatu amanah dan tanggungjawab yang diberi.