Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 Mengajar Pelajar Etika dan Profesional

22 Januari 2024, Puncak Alam – Pelajar – pelajar  semester 5 dari Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan  Wilayah,UITM Kampus Puncak Alam telah melaksanakan tugas akademik semester ini dengan jayanya.

Mereka telah ditugaskan untuk menjalankan Rancangan Struktur Negeri Perlis (kajian semula) 2040. Rancangan Struktur (RS) merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar-dasar serta cadangan pemajuan dan penggunaan tanah di sesebuah negeri yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Pada hari isnin 22 Januari 2024, satu pembentangan akhir telah dijalankan oleh para pelajar. Penilaian telah dijalankan oleh pensyarah dan Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina, Prof TPr Dr Jamalunlaili Abdullah serta Dekan Akademik dan Antarabangsa, Prof Madya Ts Dr Emma Marinie Ahmad Zawawi.

Pameran telah bermula pada jam 10.00 Pagi dengan kunjungan daripada para pelajar dan pensyarah. Jamuan makan tengah hari telah dijamu dan disediakan oleh para pelajar. Selepas rehat dan solat zuhur, sesi pembetangan telah dinilai oleh para pensyarah.

Kesemua pameran telah berlangsung dengan jayanya dan para penilai amat berpuas hati dengan pembentangan yang disampaikan. Diharapkan para pelajar terus berusaha dan gigih dalam mendepani bidang perancangan bandar pada masa akan datang.