Zamrud United Jurara Highlander League Cup UiTM Cawangan Selangor 2023

PUNCAK ALAM, 10 JANUARI 2024, – Zamrud United, pasukan bola speak dari kolej Kediaman Zamrud telah merangkul juara dalam Pertandingan Highlander League Cup UiTM Cawangan Selangor 2023. Pertandingan liga ini adalah anjuran dari Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor. Perlawanan ini telah disertai oleh persatuan dan pertubuhan pelajar pelajar dari UCS.

Perlawanan yang sihat ini amat mengalakkan para pelajar untuk terus kekal aktif di samping menjalankan tugas sebagai pelajar. Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental individu tersebut. Peluh dan toksik dalam badan dapat dirembes keluar dengan melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu.

Perlawanan akhir telah dijalankan di Padang Eco Grandeur, Puncak Alam pada jam 9.45 Malam. Zamrud United memenangi perlawanan itu melalui sepakan penalti 5-4. Penyerahan hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr Badrul Bin Isa.