Pusat Pengajian Ukur Bangunan Prihatin Dengan Masalah Pelajar

SHAH ALAM, 25hb Januari, 2023 – Pada 11hb Januari 2023, Muhammad Faizuddin Hakim bin Ma’ruf dan Muhammad Haikal Daniel bin Abdul Ghafor, iaitu pelajar jurusan Sarjana Muda Ukur Bangunan, serta Mohammad Fariz Aiman bin Mohd Fadzil, iaitu pelajar jurusan Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan, telah mengalami kecurian komputer riba dan telefon bimbit di kolej kediaman semasa menghadiri kuliah di fakulti. Insiden ini mengakibatkan mereka tidak dapat menyiapkan kerja kursus yang diperlukan mengikut jadual.

Justera itu, Pusat Pengajian Ukur Bangunan yang prihatin telah menjalankan inisiatif derma kilat di kalangan warga Pusat Pengajian dan sebuah badan bukan kerajaan, iaitu Koperasi Pertubuhan Minda Progresif (Kominda) bagi mengumpul dana dan sumbangan bagi meringankan beban pelajar tersebut.

Sumbangan wang sebanyak RM4,798, sebuah komputer riba terpakai dan sebuah telefon bimbit terpakai telah berjaya dikumpul dalam tempoh 2 hari. Sumbangan telah disampaikan pada 16hb Januari, 2023 dan diharapkan pelajar tersebut dapat memanfaatnya dengan baik dalam pembelajaran mereka.