Petandingan Mewarna sempena Karnival Inovasi UCS 2023

Pada 14 Januari 2023 bertempat di Bilik Studio Pembentangan Kolej Pengajian Seni Kretif, Kampus Alam Bina UiTM Puncak Alam, telah dijalankan satu program pertandingan mewarna bagi murid-murid peringkat sekolah rendah. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UCS dengan kerjasama Bahgian Hal Ehwal Pelajar UCS. Program ini juga turut melibatkan pasukan kakitangan sokongan Unit Pengurusan Kolej Angsana.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah peringkat rendah untuk melontarkan idea yang menjurus kepada inovasi dalam konteks seni lukisan dan mewarna. Seramai 33 orang peserta telah bertanding dan pertandingan ini dikategorikan kepada 2. Tahap 1 disertai oleh murid-murid darjah 1-3, manakala Tahap 2 adalah murid-murid darjah 4-6.

Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan para peserta dapat menjadikan program ini sebagai pembakar semangat mereka dalam berfikiran lebih jauh dalam penciptaan idea-idea yang berinovasi dalam apa jua bidang yang dilakukan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Timbalan Rektor HEP UCS, Prof Madya Dr. Badrul Isa kepada para pemenang.