Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 UiTM Kembali Bersinar

SHAH ALAM, 21 JANUARI 2023 – Kejohanan Sukan antara Fakulti (SAF) 2023 kini kembali bersinar secara fizikal setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019 akibat dari Pendemik Covid yang melanda negara. Majlis perasmian penutup SAF 2023 telah diadakan pada hari ini di Stadium UiTM Shah Alam dan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Pada edisi kali ini, UiTM Shah Alam telah menjemput kesemua fakulti dari UiTM Cawangan Selangor kampus Puncak Alam, kampus Puncak Perdana, kampus Dengkil dan kampus Sungai Buloh bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kejohanan SAF bermula pada 6 Januari hingga 21 Januari 2023 bertempat di UiTM Shah Alam. Seramai 6959 orang atlet dan pegawai serta sukarelawan dari 17 buah fakulti UiTM Shah Alam dan UiTM cawangan Selangor telah terlibat dalam pertandingan tersebut.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, UiTM sentiasa peka dengan keperluan pelajar dalam memastikan pelajar UiTM sentiasa aktif dan cergas, serta menghidupkan semula suasana “Sporting Campus” melalui penganjuran Kejohanan SAF 2023 ini. “Pengajuran aktiviti sukan ini telah menyumbang kepada pencapaian 80% Happiness Index melalui teras strategik ke arah UiTM menjadi universiti terkemuka dunia menjelang tahun (GRU2025).”

Sebanyak 22 acara sukan telah dipertandingkan, antaranya ialah acara berpasukan iaitu Ragbi 10 sebelah, Bola Sepak 5 sebelah, Bola Tampar, Badminton, Bola Baling, Ping Pong, Sofbol, Catur, Boling Padang, Bola Keranjang, Senamrobik, Petanque, Ultras, Tarik Tali. Manakala bagi acara individu pula adalah Sepak Takraw regu, Tenis, Memanah, Orienteering serta acara E-Sports PlayerUnknown BattleGrounds (PUBG) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Kejohanan anjuran Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan untuk menggalakkan pelajar fakulti untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan kampus, membentuk satu budaya masyarakat kampus berkualiti cergas dan sihat. Mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan bagi mewakili universiti, disamping iainya merupakan program universiti dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ketiga, iaitu “Good Health and Well-being.