Webinar Kesihatan Minda Fakulti Pendidikan: Pengurusan Emosi dan Kesihatan

Pada 19 Januari 2023, warga net Universiti Teknologi MARA (UiTM) khususnya para pelajar telah disajikan dengan Webinar Kesedaran Minda anjuran para pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan. Topik yang dikupas amat bertepatan dengan keperluan rohani dan kestabilan minda pelajar iaitu Pengurusan Emosi dan Kesihatan. Webinar merupakan inisiatif Service Learning Malaysia University for Society (SULAM) dan memenuhi keperluan kursus Science Technology and Society (SCE523) yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.

Sesi webinar kali ini mengetengahkan dua penceramah jemputan iaitu Prof. Dr. Ari Yuniastuti, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia; dan Dr. Sharifah Muzlia Syed Mustafa, Ketua Pusat Pengajian Jabatan Pengajian Pendidikan, juga berperanan sebagai kaunselor Fakulti Pendidikan, UiTM.

Sesi yang distrimkan secara langsung di EDUTube, Saluran YouTube Rasmi Fakulti Pendidikan ini telah menerima lebih daripada 1000 pengunjung. Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dan menyertai webinar ini. Semoga sesi bermanfaat.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan strategik Fakulti Pendidikan, Universitas Negeri Semarang (UNNES) Indonesia, khususnya warga Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam UNNES, di atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program anjuran Fakulti Pendidikan UiTM. Semoga kolaborasi ini dapat dipanjangkan ke program-program lain di masa yang akan datang.

Jom kita pelajari tips dan strategi dalam menangani emosi dan kesihatan: https://www.youtube.com/watch?v=I1tjZa2tL2M Dan jangan lupa untuk Like, Share dan Subscribe EDUTube Fakulti Pendidikan.