Protech: Basic Video Editing

Seramai 100 orang pelajar telah menghadiri sebuah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine iaitu Protech: Basic Video Editing. Program yang bertujuan memberi pendedahan mengenai proses merakam dan penyuntingan video ini telah berlangsung pada 15 Disember 2020. Program ini berlangsung selama satu jam dengan platform penyiaran program ini berlangsung di Google Meet. Idea program ini dianjurkan untuk berkongsikan beberapa tips dan cara-cara bagi proses penghasilan video seiring dengan penggunaan tajuk program ini, Protech: Basic Video Editing. Inspirasi program ini tercetus daripada isu semasa yang berlaku ketika ini, penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan semua pihak. Apabila semua orang terpaksa duduk di rumah dan apabila pelajar terpaksa belajar secara jarak jauh (atas talian), sudah tentu tugasan yang diberi oleh pensyarah berkaitan rakaman video menjadi lebih banyak

Seorang panel istimewa dijemput iaitu Encik Mohd Izwan Daini bin Mohd Sani bagi menjayakan program ini. Beliau merupakan seorang Pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana merangkap Staf Residen Kolej Jasmine sendiri. Pada siaran langsung program ini, sekitar 100 orang peserta yang hadir di Google Meet terdiri daripada pelajar, pensyarah dan juga orang awam. Antara perkara yang dibincang sepanjang siaran langsung program ini ialah bagaimana untuk membuat suatu penceritaan terlebih dahulu sebelum merakam, susunan plot bagi setiap babak melalui storyboard serta angle kamera bagi setiap babak untuk menjadikan video lebih menarik. Selain itu, panel jemputan mejawab semua soalan yang terpilih untuk diajukan kepadanya berkenaan proses pembuatan video.

Menurut pengarah program, saudara Ameerul Ashraf bin Salim bersama penasihat program iaitu Encik Mohd Izwan Daini bin Mohd Sani serta ahli jawatankuasa program Protech: Basic Video Editing yakin bahawa program seperti ini mampu memberikan insight dalam komuniti bahawa proses rakaman video itu tidaklah semudah yang disangka kerana ianya melibatkan banyak proses untuk mendapatkan produk yang memuaskan. Akhir kata, pihak penganjur program ini percaya serta yakin bahawa setiap orang akan ada sekurang-kurangnya asas bagi proses pembuatan serta rakaman video.