Talent Star Contest (Tema: Bebas)

Pada 13 Disember sehingga 26 Disember 2020, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine telah menganjurkan satu pertandingan video pendek bakat khususnya untuk pelajar Kolej Jasmine bagi memenuhi keperluan aktiviti pelajar dalam bidang kesenian dan kebudayaan memandangkan aktiviti fizikal tidak dapat dijalankan seperti semester yang sebelumnya. Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine telah mengadakan pelbagai aktiviti secara dalam talian untuk para pelajar Kolej Jasmine dan Talent Star Contest merupakan salah satu program yang JPK Jasmine anjurkan buat julung kalinya.

Pembikinan video pendek bertemakan bakat “BEBAS” dinilai berdasarkan video yang memenuhi kesemua syarat penyertaan. Antara syaratnya ialah:

  1. Video pendek berdurasi kurang dari 1 minit
  2. Medium: Instagram
  3. Melakukan “Tagging” kepada IG JPK
  4. Memberikan tanda pagar #JasmineTalentStar di deskripsi video

Sebagai usaha untuk menarik minat pelajar untuk menyertai dan memeriahkan lagi Program Talent Star Contest ini, hadiah berupa wang tunai telah diberikan kepada pemenang.

Pelajar dari Universiti Awam (UA) telah menyertai dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan. Kami amat berbesar hati menerima penyertaan dari pihak lain selain pelajar Kolej Jasmine. 14 video telah dinilai oleh ahli JPK Jasmine sendiri dan disenarai pendek kepada 5 video terbaik. 5 video tersebut telah dipilih pemenangnya hasil pernilaian dari Penasihat program iaitu Puan Raja Noor Aminah Raja Ayob.

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine menzahirkan rasa bangga kerana dapat mewujudkan persaingan sihat antara para pelajar. Selain itu, para pelajar juga tampak berani mempamerkan bakat masing-masing di media sosial, hal ini mencapai objektif program dimana, kita menginginkan para pelajar untuk memberanikan diri dan mewujudkan daya saing serta melahirkan pelajar yang berkebolehan.