Projek Komuniti UiTM & Greeneration Foundation Indonesia di Muara Gembong Indonesia

INDONESIA, 11 November 2023 – Projek Komuniti di antara UiTM & Greeneration Foundation Indonesia bertempat di Muara Gembong, Bekasi, Indonesia telah berlangsung pada 4 November 2023 yang lalu. Projek Komuniti ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Rektor, UiTM Cawangan Johor), Dr. Faridah Najuna Misman (Timb. Rektor PJI) turut serta 4 delegasi dari UiTM, 15 wakil dari Greeneration Foundation Indonesia, pensyarah iringan dan sukarelawan yang terdiri daripada 8 pelajar mobiliti UiTM di Jakarta. Turut serta dalam projek komuniti ini adalah 12 wakil dari Perbanas Institute.

Program Komuniti di Muara Gembong ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan proses transformasi sisa plastik kepada produk yang boleh dikomersialkan “Roaster Block”. Kerjasama antara UiTM dan Greeneration Foundation Indonesia ini dapat memberi impak yang positif kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Hasil daripada projek ini diharap dapat memberi idea kepada masyarakat untuk menghasilkan komersial produk dari barang terpakai, seterusnya membantu dalam pembangunan sosial masyarakat setempat.