Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM dengan SME Bank Bhd.

SEGAMAT, 8 November 2023 – Majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) diantara UiTM Malaysia dengan Federal University Dutse (FUD), Jigawa State, Nigeria and Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Metro Lampung, Indonesia telah berlangsung. Majlis yang dijayakan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan dari UiTM Cawangan Johor telah berlangsung secara maya di UiTM Johor YouTube Channel bermula jam 2.00 petang.

Turut bersama dalam majlis bersejarah ini adalah Prof Abdul Karim Sabo Mohammed – Vice Chancellor dan Dr Mohammed Sani Damamisau – Dean Faculty of Management Science dari Federal University Dutse (FUD), Jigawa State, Nigeria. Manakala dari Institut Agama Islam Negeri Metro (IAIN), Lampung, Indonesia diwakili oleh Prof. Dr. Siti Nurjanah, (M.Ag), Rektor dan Dr. Mahrus As’ad, (M.Ag), Timbalan Rektornya. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor dan Prof. Madya Dr. Akmal Aini Othman, Timbalan Rektor (Akademik) dari UiTM Cawangan Johor.