Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kolej Komuniti Segamat 2

SEGAMAT, 11 November 2023 – Satu majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kolej Komuniti Segamat 2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Kolej Komuniti Segamat 2.

Majlis ini merupakan detik bersejarah antara kedua-dua belah pihak, dimana majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon, Rektor, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi mewakili UiTM dan disaksikan oleh Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan, (Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan). Manakala pihak Kolej Komuniti Segamat 2 pula, diwakili oleh Puan Nor Dalila binti Abd Rahman (Pengarah, Kolej Komuniti Segamat 2) dan disaksikan oleh Encik Rasyidi bin Abdullah, (Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2).

Turut hadir bersama adalah Barisan Pengurusan Kanan Kolej Komuniti Segamat 2, Barisan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Negeri, dan Kumpulan Inovasi Kreatif AKAR dari Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor. Inovasi daripada Kumpulan AKAR ini merupakan projek yang merintis kolaborasi antara UiTM dan Kolej Komuniti Segamat 2. Inovasi yang dinamakan “Smart Discussion Device” (SDD) ini, dapat membantu menyelesaikan masalah tiada peralatan interaktif digital di bilik perbincangan di perpustakaan. Dengan penciptaan alat ini diharap dapat meningkatkan lagi penggunaan dan pengunjung samada di perpustakaan atau Pusat Sumber Kolej Komuniti Segamat 2 dan UiTM sendiri. Hasil kerjasama ini, kumpulan AKAR akan menggunakan data hasil daripada penggunaan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 untuk tujuan Research and Development (R&D) produk.