Program Webinar “Employing Artificial Neural Network (ANN) as a Unique Approach in Research Activities”

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan sebuah program berbentuk Knowledge Transfer Programmes (KTP) melalui Webinar “Employing Artificial Neural Network (ANN) as a Unique Approach in Research Activities pada 5 Oktober 2022 yang lalu.

Program webinar ini telah dijalankan dengan jayanya secara atas talian (CISCO WEBEX) dengan sambutan yang amat menggalakan dengan kehadiran hampir 120 orang peserta. Penyertaan adalah terbuka kepada para pensyarah dan para pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta terdapat juga penglibatan peserta dari organisasi luar dan industri.

Webinar yang berlangsung selama 3 jam setengah telah dikendalikan oleh Ts. Aimi Munirah Jalilluddin yang bertindak sebagai moderator program. Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Ts. Zulhafizal Othman, turut hadir bagi memberikan sedikit ucapan sebagai pembuka majlis. Seramai 3 orang penceramah telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing menggunakan teknik ANN dalam menjalankan kajian mereka. Berikut adalah maklumat penceramah yang dijemput beserta tajuk ceramah:

1. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ibrahim Bin Shapiai@Abd.Razak daripada Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan tajuk syarahan “Advancement in AI Revolutionizes Industry and Accelerates Research”

2. Ts. Syahrul Fitri bin Senin daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang memberikan syarahan berkaitan “Potential Application of Artificial Neural Network in Engineering Research Activities” dan

3. Dr. Maria Elena binti Nor daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerangkan penggunaan ANN di dalam bidang Sains Sosial melalui “Utilisation of Artificial Neural Network as Efficient Forecasting Tool”

Seiring dengan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0), penggunaan teknologi pintar perlu diintegrasikan dalam usaha bagi mencapai output yang optimum serta efektif dan efisien. Malah, teknologi pintar seperti ANN mempunyai keupayaan mengendalikan data yang banyak dan kompleks dengan pengolahan ‘algorithm’ atau ‘network’ bagi menghasilkan sesuatu bentuk aplikasi yang memberi kelebihan dalam kehidupan sebenar. Penganjuran webinar turut ini mempunyai beberapa tujuan termasuk:

1. Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Artificial Neural Network (ANN) dan potensi penggunaannya dalam menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang i.e. sains teknologi dan sains sosial

2. Meningkatkan produktiviti para peserta dengan menimba kemahiran teknikal yang melibatkan penggunaan teknologi terkini untuk memperkembangkan idea penyelidikan sedia ada

Selain daripada itu, terdapat beberapa Performance Indicator turut dicapai oleh PPKA UiTM Cawangan Pahang melalui penganjuran program tersebut iaitu:

PI076: Number of Knowledge Transfer Programmes (KTP)
PI077: Total amount received (from external) for USR and KTP programmes.
PI117b: Gross Income Based on Financial Transaction of that Year from Consultancies

Dengan adanya program seperti ini, diharap ianya bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada para peserta, malah dapat menerapkan minat yang mendalam untuk mendalami teknologi pintar serta membentuk kebolehan, keupayaan serta kredibiliti seseorang penyelidik yang baik bagi mencari solusi yang bersesuaian pada masa hadapan.