Lawatan Penandaarasan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Universiti Malaya (UM) ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) UiTM Shah Alam

Lawatan Penandaarasan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Universiti Malaya (UM) ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah berlangsung pada 5 Oktober 2022.

Tujuan lawatan Staf Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya (UM) ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembudayaan KIK dalam kalangan staf UiTM. Ini juga merupakan sebahagian daripada Program Pemerkasaan Pengurus (Pentadbiran) UM. Hasil kaji selidik ini akan digunapakai bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan KIK di UM.

Staf Pengurusan dan Profesional UM diwakili oleh Dr. Zuraidah Mohamed, Ketua Klinik Kesihatan UM, Puan Wan Nooraini Wan Hamid, Pengurus (Pentadbiran) Fakulti Sastera & Sains Sosial, Puan Khalila Khalid, Pengurus (Pentadbiran) Akademi Pengajian Melayu.

InQKA diwakili oleh Prof. Madya Ts. Dr.-Ing Shahrul Azam Abdullah, Pengarah Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi (SKKO), Dr. Shatina Saad, Ketua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), ChM. Dr. Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, Dr. Nik Azlin Nik Ariffin, Koordinator KIK.